Tuesday, October 27, 2009

Saksi Cinta..


Alhamdulillah...setelah penat berjuang dimedan peperiksaan akhir sem pertama, aku berkesempatan bercuti bersama suami tersayang.

Destinasi percutian adalah negeri Perlis Indra Kayangan. Tempat 'permainan' suamiku sejak dia mengambil ijazah. Tahun ini sudah 7 tahun suamiku di Per
lis atau lebih tepat lagi di Universiti Malaysia Perlis. Aku merasai sendiri tempat dimana suamiku pernah berlajar, restoran menjadi kegemarannya, malah tempat yang menjadi tempat potengnya pun aku dah 'cek'.Hehehe.

Walaupun aku baru mengenali semua kisah muda-muda suamiku, tapi aku bersyukur. Semakin aku mengenali suamiku, semakin mendalam kasih dan sayangku terhadapnya.
Banyak tempat yang telah aku lawati seperti Kuala Perlis, Jitra (Kedah), Alor Star (Kedah), Kangar dan Wang Ulu.

Sebelum aku ke Perlis, aku diserang demam n sakit pinggang yang teramat. Tidur malam pun aku tak lena. Kawan-kawanku mengusik, "demam rindu dengan cik abang la tu. Dah jumpa nanti baik la.." Aku tersenyum bila teringat usikan tu. Mungkin ada kebenaran usikan tu. Sebaik sahaja aku sampai di Perlis, demam dan pening terus hilang. Sakit pinggang pun tak de. (sempat main bowling lagi..hehe)

Terima kasih abang.. Kenangan bercuti di Perlis takkan aku lupakan. InsyaAllah, aku akan ke Perlis lagi. Tunggu kedatangan ku, Perlis..^^,

Thursday, October 15, 2009

Kasihmu Amanahku.



Kasihmu Amanahku

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya

Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya


Lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyeed Inteam ini masih berkumandang di bilikku. Aku menghayati tiap bait lirik yang dinyanyikan. Sungguh menusuk jiwa.


Jika sebelum ini, lagu ini 'berdebu' di dalam laptop aku. Langsung tak terusik. Kini segalanya berubah. Aku tenang dalam alunan lirik yang dinyanyikan. Malah lagu inilah menemani aku ketika aku sarat merindui suamiku. Mungkin benar kata seorang sahabatku, bila kita mengalaminya, kita akan merasainya.

Demi mencapai impian dan cita-cita dimasa hadapan, kami berjauhan. Amukan rindu dan hangatnya cinta tidak mampu diluahkan. Begitu indah perasaan RINDU dan CINTA Allah ciptakan untuk hambaNya. Aku bersabar kerana aku yakin pasti ada hikmah disebalik semua ini.



Kini, genaplah 22 hari aku bergelar isteri. Tanggungjawabku juga berubah. Banyak ilmu yang perlu dipelajari agar bahtera yang dibina mampu berlayar dengan selamat walau apa pun badai yang melanda dilautan luas. Suamiku, bimbingilah diri ini menuju syurga yang hakiki. Akan kita bina bersama keluarga yang bahagia. Sesungguhnya aku amat bersyukur memiliki cintamu dan bahagia dengan seadanya dirimu.


Doaku padaMu Allah, bimbinglah kehidupan kami untuk menggapai cinta yang hakiki.








Koleksi Gambar

Suamiku Tersayang, Abdul Rahman.

Keluarga Suami.


Keluarga Sebelahku.

Malam Berinai.


Malam Berinai Di rumah Suami.

Pengantin: Abdul Rahman Bin Kram dan Rapidah Binti Mustapha
Tarikh Perkahwinan: 25 september 2009, bersamaan 7 syawal 1430
Tempat: Dewan Suarah Kota Samarahan, Sarawak.



Saturday, October 10, 2009

Ikrarku Sebagai Seorang Pendidik



Sebelum DPLI

Sebelum saya memilih DPLI, saya berkesempatan menjadi guru sandaran di sekolah SMK Lundu, Kuching. Saya mengajar tingkatan 1 dan 2 bagi subjek Pendidikan Islam selama 1 tahun 2 bulan. Pengalaman sebagai guru sandaran banyak mengajar saya erti tanggunjawab PENDIDIK.

Kini

Setelah saya memasuki UPSI, saya sedar bahawa tanggungjawab yang digalas di bahu adalah amat besar menjadi seorang guru yang sebenar. Saya telah bertekad untuk menjadi guru yang terbaik untuk mendidik anak bangsa. Jika dulu saya mengajar tanpa asas mengajar yang betul dan menyebabkan saya rasa rasa bersalah terhadap pelajar saya. saya berjanji akan memperbaiki cara pengajaran saya dan lebih bertumpu kepada pelajar. Harapan saya, pelajar
saya nanti berjaya dan menggunakan ilmu yang dipelajari. Ilmu teknologi dalam pendidikan banyak memberi saya idea untuk menjadikan sesi pengajaran menjadi lebih menarik. Segala kekurangan ketika mengajar sebagai guru sandaran akan saya perbaiki supaya saya dapat menjalankan Amanah yang telah diberikan dengan baik.

Koleksi Gambar


Hari Sukan SMK Lundu 2009

Perkhemahan Asrama 2009


Rakan-rakan pendidik SMK Lundu.

Bersama pelajar Puteri Islam.

Menjadi Fasilitator Kem Pengawas 2008.

Fasilitator Kumpulan.

Bersama pelajar tingkatan 1.

Cetusan Hati Pendidik,
Rapidah Bt Mustapha
L20092005107
Kumpulan AA
Lab Rabu(8-10 malam)

Friday, October 9, 2009

Mengenali Diri Ini..


Diriku


Ini adalah diri saya. Nama diberi Rapidah Binti M
ustapha. Saya lebih mesra dipanggil A.P.


Dilahirkan 8 disember 1985, disebuah perkampungan kecil di Kota Samarahan, Sarawak.








Suami Tersayang

Terima kasih kepada suami, Abdul Rahman kerana memahami keadaan saya dan sentiasa memberi sokongan terhadap apa jua yang saya lakukan. Agar hubungan ini akan kekal sehingga ke hujung nyawa.Amin..












Ibu dan Bapa


Saya sungguh beruntung memiliki ibu bapa yang amat menyayangi diri ini tanpa jemu dan penuh kasih sayang.
Terima kasih mak (Hamsiah Bt. Hj. Sam)
Terima kasih apak (Mustapha B. Hj. Talip)








Adik-beradik


Keluarga yang ceria dengan 3 orang putera dan 3 orang puteri ini saling sayang menyayangi.
(dari kiri berdiri: Abdul Majied, Rapidah, Rohida, Abdul Razak)
(dari kiri duduk: Siti Hawa, Apak, Mak, Abdul Mu'az)







Pendidikan

Sekolah rendah: SK Dato' Traoh

Sekolah Menengah: -SMK Agama Matang Kuching Sarawak.
-SMK Agama Inanam, Sabah.
-SMK Agama Shiekh Haji Othman Abdul Wahab, Kuching, Sarawak (tingkatan 6)

Ijazah: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS-2008)

Rakan-Rakan

Rakan-rakan serumah ketika di Universiti Malaysia Sarawak. (2005-2008)











Wednesday, October 7, 2009

blog?? sesuatu yang baru dipelajari..

mungkin benar kata ilmuan..semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita tidak tahu...