Thursday, October 15, 2009

Kasihmu Amanahku.



Kasihmu Amanahku

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya

Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya


Lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyeed Inteam ini masih berkumandang di bilikku. Aku menghayati tiap bait lirik yang dinyanyikan. Sungguh menusuk jiwa.


Jika sebelum ini, lagu ini 'berdebu' di dalam laptop aku. Langsung tak terusik. Kini segalanya berubah. Aku tenang dalam alunan lirik yang dinyanyikan. Malah lagu inilah menemani aku ketika aku sarat merindui suamiku. Mungkin benar kata seorang sahabatku, bila kita mengalaminya, kita akan merasainya.

Demi mencapai impian dan cita-cita dimasa hadapan, kami berjauhan. Amukan rindu dan hangatnya cinta tidak mampu diluahkan. Begitu indah perasaan RINDU dan CINTA Allah ciptakan untuk hambaNya. Aku bersabar kerana aku yakin pasti ada hikmah disebalik semua ini.



Kini, genaplah 22 hari aku bergelar isteri. Tanggungjawabku juga berubah. Banyak ilmu yang perlu dipelajari agar bahtera yang dibina mampu berlayar dengan selamat walau apa pun badai yang melanda dilautan luas. Suamiku, bimbingilah diri ini menuju syurga yang hakiki. Akan kita bina bersama keluarga yang bahagia. Sesungguhnya aku amat bersyukur memiliki cintamu dan bahagia dengan seadanya dirimu.


Doaku padaMu Allah, bimbinglah kehidupan kami untuk menggapai cinta yang hakiki.








Koleksi Gambar

Suamiku Tersayang, Abdul Rahman.

Keluarga Suami.


Keluarga Sebelahku.

Malam Berinai.


Malam Berinai Di rumah Suami.

Pengantin: Abdul Rahman Bin Kram dan Rapidah Binti Mustapha
Tarikh Perkahwinan: 25 september 2009, bersamaan 7 syawal 1430
Tempat: Dewan Suarah Kota Samarahan, Sarawak.



3 comments:

  1. nie nak molah..nggu kak eda nikah baruk ado gambar ktk..sabar..

    ReplyDelete
  2. salam kak Rapidah...
    wahhh akk da kawin..saya ni nazifatunnisa..ingat nda?hehe..wah2..
    selamat pengantin baru kak...hehe..terlambat la pula

    ReplyDelete