Friday, January 1, 2010

Budi Disemai Ukhwah Terpateri

Tanggal 18 disember 2009 yang lalu, aku berkesempatan mengikuti program anak angkat di kampung Tembun, Binjai Negeri Sembilan. Banyak perkara yang telah aku pelajari daripada program ini. Antara perkara yang aku pelajari di kampung ini adalah adat pepatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. Program ini adalah tugasan yang perlu dilaksanakan oleh kami sebagai pelajar DPLI yang mengambil kos Pengajian Am.

Selain itu, banyak tempat-tempat bersejarah yang telah aku kunjungi seperti Muzium Adat, Makam Moyang Salleh, Masjid Kuala Dulang dan tempat yang menyimpan meriam lama. Paling menarik, kononnya jika kita berdoa di Masjid Kuala Dulang, doa kita akan dimakbul dan penduduk di sini menyatakan masjid ini telah dijaga oleh jin islam.wallahualam..

Aku harap dengan peluang yang ada time aku belaja ni, aku dapat melawat dan pergi tempat-tempat lain yang menarik di semenanjung Malaysia ni.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi sokongan dengan program anak angkat ini..



Bersama mak angkat yang lebih dikenali Mummy (Pn. Hjh. Zainab)


Ketika melawat Masjid Kuala Dulang.


Makam Moyang Salleh. (Bersama Cikgu Idris)


Meriam lama.



Melawat Muzium Adat.

No comments:

Post a Comment