Wednesday, May 18, 2011

Bertemu kembali..


Akhirnya saat ini tiba jua. Terlalu lama blog ini sunyi tanpa sebarang berita terbaru. Aku pernah juga menjenguk blog yang aku bina tapi tanpa adanya pemantauan. Jika blog ini aku umpamakan sebagai ladang untuk aku bercucuk tanam, nescaya akan habis hasilnya dimakan binatang lain. Semak samun pasti memenuhi ladangku.

Tapi dengan keupayaan dan kelapangan yang diberikan Nya, aku cuba mencoret sesuatu untuk tatapan walaupun aku sedar blog ini bukannya sepopular blog yang sedia ada.

Tahun ini bakal menjadi tahun yang amat bermakna bagi diriku sebagai seorang isteri, dan bakal menjadi ibu..

Doakan kebahagiaan ku berkekalan hingga ke surga..

No comments:

Post a Comment